BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 23, 2010

Broga Hill..I was here..



Start je pukul 00.01 pagi hari ahad 21/11/1010..kami berempat keluar dari UPM..haha..overnite neh..tapi tak tahu nak pergi mana..si A tanya B nak pergi mana, si B tanya C nak pergi mana..hah sudah..plan tak bagus..huh..
-------------------

Okeh, rilexs.. member cadangkan I-City..masalahnya semua orang dah pergi..lagipun jauh nak pergi Shah Alam.. ok fine, idea baru datang time isi minyak di Petronas..downtown!!
-------------------
Ahaha..even semua orang pun dah pergi downtown,terpaksa la pergi jugak sebab nak buang masa..time tuh nak dekat pukul 2.30 kot..downtown tutup pukul 3 pagi..Ala, takpe..kan nak lepak-lepak dan buang masa  je..hehe..Dulu, kalau belajar agama..makruh pergi sesuatu tempat tanpa niat..huhu..maaf ustaz..adeh~
-------------------
Dah nak dekat pukul 4.00pagi.. sebab kan blur je sorang mamat ni,akhirnya kami pergi makan..mamak kan best pagi-pagi neh, tapi sorang member perempuan ni tak makan kedai mamak..amboi, demand! haha..
-------------------
Kereta kembara yang dipandu akhirnya menuju ke Mcd Bangi.. Kalau ikutkan perjalanan dari UPM..macam ulang-alik je.. UPM  >> Downtown Cheras >> Serdang >> Bangi.. Eh, entahla tak faham..hurmm.
--------------------
Lepas makan pagi..agak-agak dalam sejam..pukul 5 pagi,bergerak ke Kajang >> Semenyih..Berhenti subuh dekat masjid area kawasan Semenyih..kot..hahah..
--------------------
Wahhh tingginya bukit..kira gagah la jugak mendaki..ni kalau mak tahu,habis!! pergi redah embun pagi-pagi buta..amboi..haha
-------------------
Arghhh...Letih..'lame lagi ke?' tanyaku pada seorang kawan laki..
'sikit lagi..da nak sampai da..sikit je lagi..' grrr..itulah modal dia bile kami yang perempuan ni tanya..huk2..hakikatnya, jauh lagi..baju da basah-basah..muka dah berpeluh gila..ikutkan hati, nak berhenti je..tapi gigih jugak kaki ni melangkah..
--------------------
Sejam perjalanan dari kaki bukit sampai ke puncak pertama, kira-kira jam 6.50 pagi..naik tadi pukul 6 pagi..woo..lama sungguh..tak tahu dah berapa banyak kalori terbakar..tak tahu da berape kilo berat ni turun..haha..
--------------------
Bila dah sampai atas..tak tahu nak cakap apa..hilang letih..rasa kagum..
Matahari naik dengan cepat...tak sampai 5 minit, dah tinggi melepasi puncak..
wahh..seronok tengok..(gambar :  facebook)
--------------------
Rupa-rupanya ada 3 puncak..sudah tak mampu nak naik lagi..cukupla sekadar melihat sunrise..hee..
--------------------
Bila nak balik,terfikir-fikir..macam mana nak turun ni..haha..ambik~
Turun slow-slow..nasib baik la ada kawan lelaki..ego ni tinggi jugak ae..kira hebatla turun dengan jayanya tanpa banyak bunyi..haha..senang jer..tak susah pun,janji hati cekal..=) 
Tapi,geli hati jugak tengok seorang kawan perempuan ni sebab kaki die terketar-ketar time turun..haha..gelakkan orang!! jahat meh..hmm..
--------------------
Yayy!! berjaya turun akhirnya..bau dah masam-masam kot..wuu..Terus balik UPM..sampai je kolej,apa lagi terus mandi..takde nak rehat-rehat..capai beg,terus kemas.. lama la jugak mengemas,letih-letih badan da..hmm
-------------------
Tengah hari,kakak ambik.. kaki melangkah keluar UPM..tak tahula kalau lepas ni kena datang lagi sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..kalau takde apa-apa,jumpa lagi 8 bulan kemudian..huk2 =(

Bye2 UPM >> Welcome food industry ^_^


Monday, November 15, 2010

makna HARI RAYA AIDIL ADHA..sebagai status seorang PELAJAR..



Pelajar?? raya di kampus?? bermakna kah?? uhukss.. 
Dari dulu lagi, rutin pagi raya, sambut dengan kawan-kawan..hmm..
Nasib baik, Raya Aidil Fitri tak pernah terjadi situasi begini..kalau tak, bergenang air mata dengar lagu syahdu..huu..


Pagi-pagi tadi dah telefon mak..'mak..mak buat apa tu?..' dalam hati, tahan perasaan sedih.. Amboi, dah besar-besar pun nak sedih.. Dah 21 tahun kot.. Okay, matang neh.. 


'Mak..minggu depan orang balik eh...' Mak tak tanya pun, sendiri yang tak malu bagi tahu.. adeh.. Hati berbisik, mesti mak rindu..Yela, dalam masa 1 semester, sekali je balik.. Balik Raya bulan Syawal..hurmm..


Tapi seronok jugak buat mak rindu, sebab nanti balik, tak payah buat apa-apa kerja.. sebab jarang-jarang balik kan.. Jadi, makan tidur jela kerja.. Mak pun tak kisah.. Dalam hati mak, mungkin dia cakap..'penat sangat anak aku ni belajar'.. heheh..suka-suka!!..


Tapi mak.. orang bukan baik sangat.. selalu je keluar meronggeng dengan kawan-kawan.. hee.. Bukan apa, nak lepas tension.. hah, alasan terbaik.. Tak mahu lah belajar separuh mati sangat, tak enjoy, takde life, & boleh jadi gila kalau asyik hadap buku..


Mak..sebenarnya orang study jugak..time enjoy, orang enjoy.. lumrah kan..hehe..
Mak..orang nak balik raya mak..huuu..kalau la mak dapat dengar..mesti mak dah keluar air mata kan..mak ni sensitif sangat,hati cepat terusik.. Sedih pun menangis, gembira pun menangis.. Murah sungguh air mata mak.. 

                          


Berhari raya kurban di sekolah asrama penuh---> matrikulasi---> universiti...
Lepas ni?? aiyark..tak tercapai akal mentafsir masa depan..huhu..


Takpe lah..bukan ada apa pun yang nak dikesalkan.. Dimana pun berada, situasi tetap sama.. 


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kawan-kawan!!

Thursday, November 11, 2010

sausages..satu penceritaan..

hot dog?? ramai yg suka kan? hehe..tak tahulah kenapa..tiba2 nk cakap sal hot dog..da malam ni,sok pagi nak g pra-meeting utk praktikal..sempat lak kan bertentang mata hadap lappy..aduyai..




okay..saja nak mengimbas balik subjek meat processing technology yang telah selesai dijawab sewaktu exam isnin lepas..entah pape tah jawab..aigoo~


wah..hurmm..ni blood sausage..haha..geli tak? low sausage grade..semua bahagian dalaman daging boleh dibuat sausage..tp tak halal la kan..hee..


sausages ni byk jenis,mcm2 kaler..jd, kalau nak bg cantik with the red colour,tambah la sodium nitrite..komfem menarik punyalah sausages tuh..nyum2~


casing sausages lak diperbuat dari intestine..usus..hoo..lagi rasa nak muntah kan?haha..tapi bukan dari segi suci,bersih lagi berkualiti k..


haa..ni mesti sedap kan?mungkin anda da rasa mcm tak best coz da baca byk yg negatif sal sausages kt atas td..haha..yang pasti, processing of foods in the industry not fully hygiene la..ark?jangan membantah..biasa la..nak sedap kan..=)


_________________________ sausages_________________________
___________like to eat..love to share..but_________________
___________________no but..makan saja lah..makanan kan_____
____________________________________haha___________________