BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, January 28, 2011

Quality Control or Quality Inspection?


Hari ni kerja yang kulakukan berbeza sedikit dari yang sebelumnya..
Selalunya, aku hanya lakukan oxygen test, leak test, analyze moisture, density, color test, grading (classification ), composite dan kadang-kadang menyediakan dry mixing products seterusnya released products setelah sensory..

Aku tak rasa orang lain boleh faham, tapi aku cuba untuk menyampaikan yang terbaik..

Tapi hari ni.. aku rasa seronok kerana dapat menambah ilmu baru iaitu bahagian shipping.. Haa menarik kan? Setelah cek produk secara random, seterusnya macam biasa, released product dilakukan..
Produk seperti tomato sauces yang di order dari customer luar negara siap di packing.. kemudian, aku akan cek container tersebut dari segi appereance, expired & production date.. Record data dibuat..

Susah tak nak jadi Quality Control (QC)? Hmm.. agak la.. dari raw material, processing, finished product dan R&D, orang yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja tersebut ialah QC..

Ahha.. tapi seronok..rasa macam tahu semua benda..meluas sangat..walaupun kadang-kadang, kerja tu stress gile, tapi bila sesuatu yang dilakukan berjaya, kita akan rasa puas hati..hehe.. 

Terima kasih pada sistem praktikal atau latihan industri yang memberi ruang pada para pelajar mengenai alam pekerjaan yang mencabar..

0 comments: